JellyPages.com

::.birthday .!.::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers


Friday, September 24, 2010

::.IBU...IBU..ENGKAULAH RATU HATIKU...::

salam
semasa kita berumur 1 tahun, ibu menyuap kita makan & memandikan kita
kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam
semasa kita berumur 3 tahun, ibu menyiapkan makanan istimewa & berzat untuk kita
kita membalas budi ibu dengan menumpahkan makanan ke atas lantai
semasa kita berumur 4 tahun, ibu membelikan kita crayon
kita membalas budi ibu dengan menconteng dinding dirumah
semasa kita berumur 5 tahun, ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya
kita membalas budinya dengan mengotorkan baju bila jatuh ke dalam lopak
apabila kita berumur 7 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah
kita membalas budinya dengan menjerit" SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH"
semasa kita berumur 10 tahun, ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, bawa pergi shopping, hantar rumah kawan dll
kita tidak langsung menoleh ke belakang & mengucapkan terima kasih
semasa kita berumur 11 tahun, ibu membelikan kita sebiji bola sepak
kita membalas budi ibu dengan menendang bola & memecahkan cermin tingkap rumah jiran
semasa kita berumur 12 tahun, ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV
kita membalas budinya dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja ibu keluar rumah
apabila kita berumur 13 tahun, ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan
kita membalas budi ibu dengan berkata bahawa ibu tak ada " TASTE"
apabila kita berumur 16 tahun, ibu inginkan dakapan setelah penat & baru balik dari kerja sehari suntuk
kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik
apabila kita berumur 17 tahun & lulus peperiksaan, ibu menangis gembira
kita membalas budi ibu dengan tidak balik rumah hingga larut malam kerana enjoy & celebrate dengan kawan2
apabila kita berumur 19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke UNIVERSITI, mengangkat beg kita dengan kasih sayang sampai ke hostel
kita membalas budi ibu dengan bersalaman dengan ibu di luar dorm takut malu di lihat kawan2
apabila kita berumur 20 tahun, ibu bertanya dengan rasa prihatin kita ada boyfriend/girlfriend ke?
kita membalas budi ibu dengan berkata " IBU NI KEPOHLAH!!!"
apabila kita berumur 21 tahun, ibu bertanya cita2 kita
kita membalas budi ibu dengan berkata"SAYA TAK MAHU JADI MACAM IBU!!!!"
apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja baru yang pertama & tinggal di rumah sendiri, ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru
kita membalas budi ibu dengan memberitahu kawan2 bahawa baju itu tidak cantik kerana ibu yang membelikan
apabila kita berumur 25 tahun, kita berumah tangga, ibu menangis gembira & berkata ibu kasih & sayang pada kita
kita membalas budi ibu dengan berpindah 300 kilometre jauh dari ibu
apabila kita berumur 27 tahun, ibu menalifon & memberi nasihat tentang penjagaan bayi-anak kita
kita membalas budi ibu dengan berkata "ZAMAN SEKARANG LAIN IBU...!!!"
apabila kita berumur 40 tahun, ibu menalifon & memaklumkan majlis kenduri di kampung
kita membalas budi ibu dengan berkata"SAYA SIBUK...!!!"
apabila kita berumur 50 tahun, ibu jatuh sakit & perlukan penjagaan & kasih sayang
kita membalas budi ibu dengan datang melawat ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple & merungut tentang kesibukan bekerja & terpaksa balik segera
dan kemudian pada suatu hari, ibu MENINGGAL DUNIA. dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa IBU
INGATTTT.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
selagi IBU masih HIDUP, KASIHI & SAYANGILAH BELIAU & jika IBU sudah MENINGGAL DUNIA
kenanglah jasa BELIAU & sedekahkan lah AL-FATIHAH setiap kali selepas solat
kan jadi anak SOLEH SOLEHAH....
selagi hayat dikandung badan
perintah TUHAN jangan dilupakan
bersyukurkah selagi IBU anda masih di sisi anda
peringatan buat semua..... sekian
wasalam

No comments: