JellyPages.com

::.birthday .!.::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers


Monday, December 15, 2014

::.tip menghadapi banjir.::

Bissmilahirrahmanirahim

Assalamualaikum


Memandangkan sekarang musim hujan bagi kawasan pantai timur, meh miss* nak share sikit tip2 sebelum, semasa dan selepas menghadapi banjir..


LANGKAH-LANGKAH SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS BANJIR

Bencana alam ada kalanya memang tidak dapat diduga. Kadarnya juga tidak disangka-sangka. Fenomena bencana alam boleh berlaku sekelip mata tanpa amaran tetapi bencana banjir yang melanda di negeri kita masih boleh dikesan dengan tanda-tanda. Sebagaimana bencana-bencana alam lain yang berlaku di seluruh dunia, harta benda dan nyawa berada dalam keadaan kritikal. Dalam keadaan yang tidak boleh dielakkan ini, pengetahuan keselamatan dan persediaan awal menghadapi banjir amat berguna. Hal tersebut dapat menyelamatkan nyawa atau sekurang-kurangnya mengawal kerugian yang tinggi. Tiga detik penting yang perlu diambil perhatian dalam menghadapi musim banjir iaitu melibatkan langkah berjaga-jaga pada sebelum waktu banjir, ketika banjir mula berlaku dan juga selepas banjir surut. Langkah-langkah di bawah disusun dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan. 

 SEBELUM

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
1.    Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
2.    Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
3.    Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
4.    Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
5.    Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
6.    Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
7.    Dalam musim hujan, pastikan telefon bimbit dalam keadaan baik. 

 SEBELUM BANJIR - SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN
1.    Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
2.    Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
3.    Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
4.    Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
5.    Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.


SEMASA

SEMASA BANJIR - SEMASA PEMINDAHAN
1.    Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan. 
2.    Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
3.    Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.


SEMASA BANJIR  - DI DALAM KENDERAAN
1.    Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
2.    Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat


SEMASA BANJIR - DI DALAM RUMAH
1.    Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
2.    Bersedia dengan peralatan kecemasan.
3.    Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.


SEMASA BANJIR - DI LUAR RUMAH
1.    Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
2.    Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
3.    Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
4.    Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
5.    Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
6.    Jangan minum air banjir.


SELEPAS

SELEPAS BANJIR
1.    Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum                 dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
2.    Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
3.    Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
4.    Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.


SELEPAS BANJIR - SEMASA MEMASUKI BANGUNAN
1.    Pakai kasut.
2.    Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
3.    Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
4.    Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.


SELEPAS BANJIR - PERIKSA ANCAMAN BAHAYA
1.    Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
2.    Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
3.    Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
4.    Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol,                diesel dan sebagainya).
5.    Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
6.    Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi. 
7.    Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.



Ok...♥♥ berhati2 ye..

Sayang sume
Wasalam

Wednesday, December 10, 2014

::.status halal shaklee.::

Bissmillahirahmanirahim

Assalamualaikum

▪♡Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh syarak.♡▪

•Untuk pengetahuan semua, semua produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia telah mendapat pengiktirafan dari Services of America (ISA).

•Seperti yang anda tahu, vitamin Shaklee adalah keluaran produk United States dan ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM.

•JAKIM tidak mengeluarkan sijil halal bagi semua produk yang di import tetapi mengiktiraf badan-badan pensijilan halal yang mengikut prosedur yang ditetapkan.

•Usaha untuk mendapat sijil Halal bukan mudah kerana perlu mengikut prosedur yang ketat dan teliti dari sumber bahan mentah hingga menjadi sesuatu produk sama ada makanan, kosmetik dan lain-lain.


Apa itu Bovine Gelatin?

▪•●Bovine gelatin adalah gelatin dari kulit tua (keras dan liat) atau pun tulang daripada tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan seperti lembu, kambing dan kerbau..pastinya BUKAN dari kulit babi.

Adakah Bovine Gelatin Halal?

▪○●Walaupun sumber gelatin itu halal, namun timbul pula persoalan mengenai penghasilan gelatin tersebut. Adakah lembu tersebut disembelih mengikut hukum syarak atau tidak? Itulah menjadi persoalan utama yang menentukan status halal sesuatu gelatin.

Adakah Bovine Gelatin yang digunakan Shaklee Halal?

▪•●Untuk makluman semua, penghasilan produk shaklee bagi negara Islam dan bukan Islam diasingkan. Shaklee telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan kawalan yang ketat mengenai perkara ini yang pastinya mencetuskan sensitiviti umat Islam. Anda boleh lihat sendiri pada label botol-botol Shaklee yang dipasarkan di Malaysia.

•Kapsul dan softgel yang digunakan dalam vitamin Shaklee dikeluarkan oleh Nutra Manufacturing, Greenville iaitu syarikat pengeluar capsul/softgel yang telah pun mendapat pengiktirafan sijil halal. Kilang yang sama mengeluarkan produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyai persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America). Jadi anda tidak perlu ragu-ragu lagi. Diharap maklumat ini dapat memberikan penjelasan kepada semua mengenai status halal bovine gelatin yang digunakan oleh semua produk Shaklee di Malaysia.

●Dan saya kongsikan di sini Sijil Halal Shaklee bagi tahun 2014. Sepatutnya anda tidak perlu lagi rasa was-was atau meragui dengan ISA yang sememangnya diiktiraf oleh JAKIM sendiri. Segalanya yang baik datang dari Allah s.w.t.





Shaklee adalah produk oversea dan tak semua produk Shaklee ada dalam pasaran Malaysia…. Produk2 Shaklee yang dihasilkan di US utk dipasarkan di Malaysia…telah pun diikitiraf halal oleh ISA (Islamic Services of America)… tetapi jika anda mendapatkannya bukan dari pasaran di Malaysia..di oversea contohnya..itu miss* tak pasti la ye.. 

Shaklee adalah produk oversea dan tak semua produk Shaklee ada dalam pasaran Malaysia.

Sayang sume
Wasalam



Monday, December 8, 2014

::.patin asam pedas.::

Bissmillahirrahmanirahim

Assalamualaikum

Nk share resepi lagi.. aum aum

Patin asam pedas 

Bahan2

Bahan A
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Seinci lengkuas dan halia
2 sudu besar cili boh
(Dikisar)

Bahan2 B
Air kosong
Air Asam jawa mangkuk kecil
 
Bahan2 C
2 keping asam keping
Bunga kantan
Daun kesom 
Daun kunyit
2 sudu besar Gula 
1 sudu teh Garam
2 ekor ikan patin saiz sederhana

Cara2

1. Panaskan minyak
2. Tumis bahan2 A sehingga naik bau, selepas itu
3. Masukkan bahan2 B dan biarkan ia selama 2 minit
4. Selepas itu, masukkan bahan2 C
5. Akhir sekali masukkan ikan patin, tunggu selama beberapa minit sehingga masak
6. Sedia untuk dihidang.




Sayang sume
Wasalam

::.kerabu betik mangga.::

Bissmillahirrahmanirahim

Assalamualaikum

sudah agak lama miss* tidak berblogger ye.. harini nak share satu resepi istimewa khas dan khusus untuk pembaca yang comey2 dan hensem2 ni..

Kerabu betik mangga

Bahan2

1 biji betik
1 biji mangga
(Dibuang kulit dan dihiris halus)

3 tangkai cili padi
1 labu bawang besar
2 biji tomato
(Mayang halus)

2sudu besar gula
Garam secukup rasa
2 biji limau nipis diambil airnya

Ikan bilis yang digoreng dan dihancurkan
kacang tanah yang digoreng dan dihancurkan


Cara2

Campurkan bahan2 diatas dalam satu bekas, kacau hingga sebati.
Sedia untuk dimakan.

Sayang sume
Wasalam



Thursday, December 4, 2014

::.semangat.::

Biismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum

Banyak2 sibuk sangat bulan ni, xdapat nk catch up dengan bisnes, but tapi. Still available kalau ada yang bertanya, cuma xde masa sgt2 nk update.. asiment, kuiz, test, presentation, group discussion.. sgt2 byk.. final lagi akhir bulan ni.. hopefuly sangat dpt buat yg terbaik.

kalau down masa sem lepas, xsemestinya sem ni nk down jugak kan.. so, peluang di mana2 aja dong.. haha.. amik sedikit masa dengan update blog, esok de test lagi.. so rilek2jap sebelum study.. huh..lega asiment dah byk hntar ni..hehe..

maklum la, dunia student kan., korang mesti pernah lalui.. but yg penting mesti xlupa dengan bisnes.. bimbang jugak ni.. nk catch up sampai dpt target..  insyaAllah, benda yang baik Allah mesti tolong kan.. hehe..

ok la korang,, apa2 nti dah xbrpa bz miss* update lg ttg shaklee.. ok.. hehe

sayang sume
Wasalam