JellyPages.com

::.birthday .!.::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers


Monday, November 11, 2013

::.dinner ke?? hish... tak macam dinner pun.::

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum

dan malam itu.. berdinner la budak-II kos Tourist ni.. dengan senior-II.. actually tak nak pergi pun.. tapiii....... terpaksa pergi.. hurm... entah.. tak hepi pun.. saya rindu dengan GbSm.. hehe.. rindu betul.... betul-II ni..




dan malan tu,, makan hanya sekadar mengisi perut jer.. hehe


bersama clasmate.. ok .. gelung love yang dia buat sendiri... hehe.. ok saya pon join masuk.. weheehee.. macam-II... 

Wasalam


Sunday, November 10, 2013

::.kali pertama pergi kelas koka.::

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum

hehe... kelakar pula rasanya bila kali pertama menjejakkan kaki ke kelas koka Sabtu lepas.. hehe.. ok hari dan tarikh keramat.. Sabtu / 9 November 2013... mm.. mula-II takut juga nak masuk.. huih... dengan dewan besar tu... best juga .. tapi apa yang kelakarnya .. tiba-II je dah kena buat test..

*short service
*long service
*drop
*lock

nasib baik 4 perkara je tu..hehe... ok dengan selambanya pinjam raket dengan kawan sebelah.. alamak.. coach dah bagi signal kasut tak lepas ni.. hmm.. ok-II pergi buat baik dengan abang senior..... nasib baik bagi lulus.. apa lagi.. masuk gelangang.. bang bang bang.. haha.. pukul bulu tangkis tu.. hihi.. asalkan bulu tangkis tu tercampak dan lepas net sudah.. 20% tu.. hehe..




waa.... excited sangat.... excited sebab nak main lagi test-II ni... yang paling kelakar... masa tengah service tu.. the ball was hit ...hit you la mister abang senior.. hamboi.. suka jer baling bola tu kuat-II... hehe.. tepat-II kena kepala... haha.. coach cepat balik ye... 

wahhh....

sekian..

Wasalam

Thursday, October 31, 2013

::.APA format.::

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum

di sebabkan nak sangat markah bonus... ku bertungkus lumus mencari journal dan buku-II di library.. hikhik... sambil tengok kiri kanan.. rupanya sesat dalam library... mana nak kuar ni..?? sorang-II.. akhirnya buat muka kartun olok-II cari buku ..hihi.... buat selamba ikut orang dari belakang harap-II nak kuar.. nasib baik laaa... dapat jugak... tak mau sesat lagi...


ni dyer... buku untuk buat format APA... kat matrik da buat ni... tapi lupaaa  laaaa...

Wasalam

Thursday, October 24, 2013

::.aku lupa.::

aku lupa
aku lupa tentang dunia ini
dunia yang akan hancur
hancur memusnahkan semua
semua yang dimiliki lenyap
lenyap dan hilang

aku lupa
aku lupa dunia hanya sementara
sementara menunggu dihancurkan
hancur tiada sedikit yang tertinggal
yang tertinggal hanyalah amalan
amalan terhitung tiada banyak

aku lupa
aku lupa pinjaman ini
pinjaman yang sementara sekejap dimiliki
milik hanya DIA yang ESA

aku lupa
aku lupa untuk bersyukur
bersyukur atas segala nikmat
nikmat yang tidak terhingga
hingga aku lupa padaMU
lupa padaMU kerana dua alam
dua alam yang menemukan kasih sayang
kasih sayang yang tidak kesampaian

aku lupa
aku lupa untuk mengajaknya
mengajaknya mengingatimu sentiasa
sentiasa imannya bertambah
untuk mensyukuri segala nikmat yang kau beri
aku lupa
segala yang ada hanya milikMU
kematian itu pasti lagi

aku tahu ENGKAU sedang menguji
menguji diri ini untuk sentiasa mengingati
mengingati bahawa KAU meneliti
meneliti setiap yang terjadi pasti
pasti KAU temukan
temukan tiap yang menanti
menanti untuk disatukan sebagai ikatan
ikatan pengikat akhir hubungan suci
hubungan suci yang ENGKAU restui

sesekali aku merenung ke langit
mendung tiada lagi cahaya sinaran yang terbit
hanya awan yang menutupi tanda hujan akan turun
memikirkan andai semua yang diharapkan terjadi
apakah mungkin aku mengerti suatu saat nanti
jika ini hanya cita-cita bukan impian
andai takdir menemukan
pengertian selama ini aku tunggu pasti berakhir
dari segenap emosi dan fizikal yang aku tempuh
hampir memalingkan hati ini untuk berjauhan
saat KAU menghampiri
aku tahu aku bukan keseorangan saat ditimpa ujianMU
Ya.......

kita hanya merancang, DIA yang menentukannya..
'kerana ALLAH tahu apa yang terbaik untuk aku dan dia''

Wasalam





Friday, August 30, 2013

::.stand kamera..``sendiri punyer buatt``.::

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum

hai uollsss(kakde tulis ni.haha..)...hari nie nak tunjuk stand kayu kayan kamera dibuat sendiri


hehehe..chantiikkk tak..

gara-gara nak pergi pantai dengan fatin n amik gambar.. last2 takde stand.. sape pulak nak amik gambar.. jadi uat sendiri jadi lah..hehe... dengan kayu kayan yang ada tu.. leh la uat stand tu... jadi cantik apa gambar tu..hahaha... kreatif kotttt...

hehe.. sini jerr. oklah..

...sayang dia

Wasalam


Thursday, August 29, 2013

::.celoteh wafa mata bulat.::

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum

hai dear blogger... awal betul posting entry blog..by the way... cik blogger tadi duk tengok2 la website blog orang laen.. seronok tengok.. ok.. wafa call cik blogger.. almaklumla.... rindu nak dengar celoteh budak kecik ni pagi2.. ibu dy call.. mengalahkan along pulak cakap nyer,..


baca alif ba ta sa.... bedesyuhhh laju..ahaha... elok betul ibu dy mendidik wafa ni..hehhe.. love you ibu.. love u.

Wasalam

Wednesday, July 10, 2013

::.cyuti-cuetie.::

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum

hai...cik bloger bercuti?? kat mana? jom intai2 siikiit...








cik bloger zzzzz..

Wasalam

Saturday, June 29, 2013

::.7 hari lagi.::

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum

hai...psstt..cik bloger dah lama tak update blog kesayangan ni..maklumlah..sibuk katakan..sibuk layan cerita hah..haha..ok2..apa2 pun, ceria je. YESSS..!! hari berganti hari, malam berganti siang, bulan berganti matahari, jam pun berjalan, dari saat kepada minit, dari minit kepada jam, dari jam kepada JAM DINDING..hihi.. cik bloger gurau je.. uitt3.. pejam celik pejam celik dah nak masuk Ramadan dah, makin pejam makin cepat masa berlalu dan hari semakin singkat,huu..ni patut gembira ke sedih..?? eh sedih..aish.? takmo2 sedih ye.. patutnya bersyukur sebab masih lagi bernyawa dengan nafas dan jasad yang di pinjamkan ni,, so cepat2 la berebut peluang nak dapatkan pahala yang berlipat ganda bulan Ramadan ni..

ceritanya nanti la, ni baru nak bikin story boarding je dulu, jadinya tajuk dah ada, tunggu je dulu ye, cik bloger akan post entry untuk slot next what happen in comin' 7 days.. nak di postkan. perasaan sangat genbira dan bersyukur, berharap akan terjadi .. INSYA'ALLAH.. jangan sedih2.. dan semoga dirimu bahagia OK?? yeah.. jom tidur... zzzZZZzzzzZZZ...

Wasalam

Saturday, June 22, 2013

::.bila dia berubah.::

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum

hai.. hari ini nak kongsi sikit.. kata-kata orang bijak pandai.. jom jom

"""bila dia BERUBAH, jangan kamu UNGKIT balik kisah silamnya, ketahuilah bahawa SETIAP orang boleh berubah menjadi jauh LEBIH BAIK mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis""" :)

kring kring.. yeaahhh... makin hari makin banyak pulak dugaan, sebab Ramadan dah nak tiba,, jom kita update Pahala...
yeahh...opss.. solat 5 waktu sehari semalam jangan lupa yeee kekawan..hehehe..

Wasalam

Friday, June 21, 2013

::.pepatah Arab/syair Arab.::

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum

hai..tadi duk termenung, teringat pulak pepatah arab masa belajar kat sekolah dulu.. teringin nak belajar lagi BA ini..

"putih tak semestinya menarik, hitam tak semestinya kotor, kerana putihnya kain kafan itu menakutkan, sedangkan hitamnya kain Kaa'bah itu sangat menyenangkan..."

peace...hehehehe...
semangat baruuu,,,

wokeyyy..

Wasalam

Wednesday, June 19, 2013

::.faveret kuih.::

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum

haii.. ni nak kongsi kuih yang paling sedaaappp..suka sangat kuih ni.. nama kuih ni "putu", tapi ini putu apa tak tahu la.. putu mayam kot..hehe.. apa2 je lah. beli dekat Putrajaya, dah alang2 ada pasar malam kat situ.. semalam pergi lepak dengan mummy long and daddy long... sambil berkelah.. sedap2..


sila makan yer..

Wasalam

::.masak dengan kasih sayang.::

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum

Hari ini has masak tau..hehe.dapat pujian dari mummy long, sedap dia cakap. menambah2 makannya.. resepi sendiri jer. sebab buat dengan kasih sayang..confirm la sedap... ini dia "daging cinta setia".. oppsss.. cinta untuk dia saja..

daging di potong2


sedang di masak



dah masak.. ala kadar jer.... nyumm nyumm
first time masak sepanjang duk rumah mummy and daddy long..

Wasalam

Monday, June 17, 2013

::.pada 3 malam itu.::

Bismillahirrahmanirahim..

Assalamualaikum..

teringat pada malam itu, aku kesakitan yang teramat sangat. malam itu, aku hanya menghitung jam agar cepat siang muncul. aku menahan sakit itu, terasa bagai ingin hilangnya nyawa ini. ingin sahaja pada malam itu aku di cabutkan nyawa. sakit itu membuatkan aku hilang kewarasan, iman yang lemah. mungkin aku sudah tiada di dunia ini. hebat sungguh ujian yang DIA berikan. mengajar aku untuk bersyukur nikmat sihat itu. pada malam itu aku menangis menangis menangis dan terus menangis. mengeluarkan air mata yang tiada pengesatnya. sakit itu mengganggu waktu tidurku. apakan daya, tiap kali mata ini cuba untuk memejam, sakit itu mula menyerang.

pada malam itu, aku tekad untuk keluar dari situ. menuju kampung halamanku. meninggalkan semua kenangan di sini. aku sudah tekad,  aku perlu pergi dari sini. mengingatkan sakitku ini, aku pun tak dapat berjalan, seluruh tubuhku sakit menahannya. sakit itu mematahkan semangat aku. dan aku berdaya untuk menunaikan solat. cuba berdiri pada malam itu. menunaikan seruan ILAHI, mungkin saat itu adalah perjalanan terakhir aku.

pada 3 malam terakhir itu, siang menjelma. aku sendirian di dalam bilik. berbaring di atas katil beralaskan tilam. fikiran aku meracau, saat itu, ketulan yang tumbuh itu pecah di saat aku bangun untuk ke tandas. aku tiba-tiba panik, mengambil selembar kain dan mengalaskannya. dan bila cecair dalam ketulan itu habis keluar, aku ke tandas membersihkannya. aku bersyukur sakit itu hilang. tersenyum aku sendirian mengeluarkan air mata . mak, saya dah tak sakit, ujian ini amat sukar untuk saya hadapi selama mak tiada di sisi saya.. YA ILAHI..

pada hari yang sama, rakan sebilik membawa aku ke klinik atas paksaan, kerana aku menolaknya. aku demam seminggu. tidak ke kuliah, tidak juga ke kelas. aku di bawa ke pejabat asrama, mengisi borang keluar untuk mendapatkan rawatan.

terima kasih Ya Allah,
keluarga aku memberikan semangat untuk aku teruskan hidup. rakan sebilik yang menjaga dan menanyakan keadaan aku..

SEKIAN..

Wasalam...

Friday, June 14, 2013

::.tak sangka.::

semalam.. lepas saja kaklong balik dari kerja, amni gan aqil main kejar2 dalam bilik kat bawah.. keluar masuk, keluar masuk, tetiba si amni darwisyah datang kat mummy dia menangis, lepas tu tunjuk kaki dia yang darah.. aqil pun sama. terbelah dia punya tumit tu, 2cm jugak panjangnya, pastu letak ubat..

oh.. baru teringat dua hari lepas jam jatuh lepas tu pecah cermin depan tuh.. dah sapu semuanya, ada pulak serpihan kaca yang tersesat.. gara-gara tak berhati-hati, menangis la amni sepanjang malam tu.. pagi tadi mummy dan daddy long pergi klinik cuci luka amni dan aqil, berbalut jugak..

haish.. anak-anakku...

si celik amni..


Alhamdulillah...

Thursday, June 13, 2013

::.Alhamdulillah.::

Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.. mengikut perancangan..

..suka sangat merenung.. aish... tapi syukur sangat.. terasa pulak nak tengok lagi.. seronok betul...


Wednesday, June 12, 2013

::.aku sorang je tahu makan.::

semalam kuar dengan mummy and daddy long....

bawak pegi makan..
pergi la kat kaunter nak order,,
ok.. kakak nak apa?.. hmmm kakak nak chicken rice je la..
oklah.. nanti kaklong order.. dah2 order tu takde pulok doh...
dah la lapar... xnak la makan mee2 ni..
xpela.. order mushroom kuay teow...

ok....
sampai pun... sedappp.. makan makan makan makan...
hahaha.. gelak sorang2.. aik kakak..pehal ???.. daddy long.. aish
malu nak bagitau... hmmm .. xde apa la abglong,,, xcident kecil je..
hehehe...

mana pulak aku nak sembunyi nie... ok lah buat macam biasa je..
ehhh... abglong kacau line betul la.. kakak...??? knp dengan tudung tu....??
oh..mmmm.. corak terbaru abglong... abglong dah gelak2 dah.. kakak nak abglong tambah lagi ke corak tu...?? di tunjuk pulak kuah mee dia..., hamboii abglong... main kasar nampak... xpelah abglong.... corak ni pun dah terlebih cantik dah...

malu punya pasal... aku pergi toilet... betulkan tudung.. konon la sangat aku je la yang makan tu ha..
kaklong gan abglong tak abis2 nak membahan aku... stresss lahhh...
huiihhhh....

ntah fesyen apa la aku buat kat tudung tu..hahaha.. gelak sorang2.. 
sampai umah je terus bukak tudung pergi rendam.. takut2 pulak nanti tak hilang tompok2 cantik tu..
hehehe...

kalau kat rumah dah lama dah tu makan habis.. ok je punnn....
sat lagi nak pergi makan kat luar order yang kering2 je..haha..
kering yang macam mana tu..????

hehehe... kisah hidupku masih lagi bersinar.. hmmmm

bersyukur pada Allah.. masih lagi dikurniakan nyawa yang dipinjamkan...

bersyukur kerana masih lagi mempunyai orang-orang yang menyayangi di sekeliling...

saya sayang awak aminul...

..............

Wednesday, June 5, 2013

::.cantik sangat.::

mai mai ni cantik ma..

ni hand made bracelet idea sendiri..
ilham pon sendiri..
hehehe..

1. bahan nak di gunakan playar muncung tirus kat depan, manik cantik asli, jarum peniti, dan kunci bracelet.
2. bengkokkan jarum peniti menggunakan playar muncung tirus pada satu bahagian.
3. masukkan manik dua biji
4. tutup bahagian yang dah di masukkan manik
5. sambungkan bahagian2 tadi dan jadikan seutas bracelet cantik.


this is.. khas untuk dia.. HAND MADE  BRACELET ALPHABET 'A'.


hehe.. nice..

::,alhamdulillah.::

selesai sudah majlis abang..
tahniah abang..akhirnya bertemu jodoh pada usia 31 tahun bersama kak ngah ( Hani Faridah)






tumpang gembira juga akhirnya tak payah jadi orang suruhan abang untuk buat air sedap2 dan hidangkan makanan..hahaha.. (gelak besar)...hanya gembira sekejap sebab lepas ni nak kena jaga anak sedara dua orang ni ha..lincah dan banyak mulut..nasib baik la moyu ni baik hati dan penyabar (kembang hidung2)..akhirnya ada di k,l jugak walaupun hati berat nak tinggalkan terengganu(bosan la kat sini) tapi dengan pujukan dan rayuan oleh mummy aqil dan amni dengan gaji yang lumayam(lumayam la sangat) terpaksa la mengikut sahaja kata2 mummy dan daddy long..huhu

apa yang best kat sini makan minum di tanggung beres..ada masa mummy n daddy long bawa jalan2.. apa yang tak best hari2 duk dengar anjing menyalak..kalau kat rumah pagi2 dengar ayam berkokok dengan lembu n kambing mengembek serta burung2 berkicauan dan suara2 suruh bangun untuk solat subuh..hahaha , hehe.. dan kesibukan kota ini menambahkan lagi rasa geram sebab jiran rumah orang cina yang hanya tahu menyanyi je, alamak!!! kata daddy long CHOIIII!!!!.. apalah..


daddy n mummy long

mokde n moyu 
aqil danial

daddy long pakai cekak si amni darwisyah


abi n irdina wafa

mummy long n mokteh




mummy long, mokteh, mokcik, moyu
aqil danial.. peace yo!!

mertua dan mak abang kak ngah


family gyomi..hehe



anak sapo ni ha??





free style..oppsss meletop..

gyiomi ko... kak ngah yang sporting..

nice pic..sweet gitu..

olo2 ayahku sweet nyer.. bersama menantu perempuan satu satunya..
cayang cume..mmuuahh

mummy long . mokde m mokteh yang bergelar model sudah luput dah..
hehehe..

alamak style apa tu moyu??.. peace jah..



cover majalah anak Abd Wahab n Zaiton of the year 2013
paling cun.. cun sangat..hihii

apa lagi ni..aduish2..


orait.. sampai di sini saja... 
tunggukan kemunculan zzzzzzzzzzzzzzz..........

abang jangan kau membuliku lagi yer..


Saturday, April 6, 2013

::.mati katak.:: cerpen pendek

pada pukul 11:35am 5 APRIL 2013

on the way ke kafe maklong. jalan antara blok pensyarah dengan kafe maklong melalui HEP. bersama sama dengan Dayah. terserempak dengan Pijot dan Amirah.

NURUL : eh, dyorang tengah buat apa depan HEP tu? lain macam je.. terjenguk2 kat kolam ikan tu. ada 
                apa ye?

DAYAH : ntah la. jom gi usha dyorang.

NURUL : ha, jom jom..

DAYAH : eh korang tgh buat apa tu? 

PIJOT : ni dok tengok ikan mati. semalam kteorang selamatkan ikan ni sebab dah timbul2 je semalam.
             kesian. tapi semalam dy besar lagi, gemuk. hari dah kecik.

AMIRAH : dah boleh jadi ikan masin. hehehe

NURUL : hahahaha... pon boleh...

AMIRAH : eh., ko buat apa tu Dayah...? melilau lilau jo mato tu..

DAYAH : aku ngah dok tengok katak ni.. apo kono katak ni.. dari tadi tak gerak2..

PIJOT : hok aloh mu gok.. katak ni dah mati lah.. dah jadi " mati katak ". kesian , semalam ikan ni,, hari    
              ni katak.. such suspicious...

NURUL : apa sebenarnya yang terjadi ?? adakah kolam itu beracun? airnya yang kotor ?? atau tiada 
               makanan? jeng jeng jeng..

DAYAH : apalah ko ni nurul.. suka sangat buat gimik..hihihi.. dah2,, jom kite gi isi perut.. aku dah lapaq ni..

NURUL : ha.. ok2 jom jom.. bye korang.. ASSALAMUALAIKUM

PIJOT DAN AMIRAH : WAALAIKUMUSALAM..


SANTAI SANG KATAK MATI BEGITU SAHAJA..
MISTERI.. JOM SELESAIKAN.....zzzz


Thursday, April 4, 2013

::. comel kan.::

hari ni saya dapat smurf.. hehe..
seronok sangat.. dekat nak keluar matrik ni ramai yang bagi hadiah.. 
sampai rasa segan lak nak ambil..

see this..

ny smurf.. little but meaning..

ada laki nya n ada perempuan nya..

hakikatnya...
yang saya punya yang laki tu jer..hehehe..

suka sangat
akibat tengok bff punyer bear besar gedabak dyorg dapat from buah hati masing2..
untung lah..