JellyPages.com

::.birthday .!.::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers


Monday, December 15, 2014

::.tip menghadapi banjir.::

Bissmilahirrahmanirahim

Assalamualaikum


Memandangkan sekarang musim hujan bagi kawasan pantai timur, meh miss* nak share sikit tip2 sebelum, semasa dan selepas menghadapi banjir..


LANGKAH-LANGKAH SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS BANJIR

Bencana alam ada kalanya memang tidak dapat diduga. Kadarnya juga tidak disangka-sangka. Fenomena bencana alam boleh berlaku sekelip mata tanpa amaran tetapi bencana banjir yang melanda di negeri kita masih boleh dikesan dengan tanda-tanda. Sebagaimana bencana-bencana alam lain yang berlaku di seluruh dunia, harta benda dan nyawa berada dalam keadaan kritikal. Dalam keadaan yang tidak boleh dielakkan ini, pengetahuan keselamatan dan persediaan awal menghadapi banjir amat berguna. Hal tersebut dapat menyelamatkan nyawa atau sekurang-kurangnya mengawal kerugian yang tinggi. Tiga detik penting yang perlu diambil perhatian dalam menghadapi musim banjir iaitu melibatkan langkah berjaga-jaga pada sebelum waktu banjir, ketika banjir mula berlaku dan juga selepas banjir surut. Langkah-langkah di bawah disusun dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan. 

 SEBELUM

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
1.    Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
2.    Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
3.    Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
4.    Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
5.    Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
6.    Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
7.    Dalam musim hujan, pastikan telefon bimbit dalam keadaan baik. 

 SEBELUM BANJIR - SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN
1.    Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
2.    Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
3.    Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
4.    Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
5.    Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.


SEMASA

SEMASA BANJIR - SEMASA PEMINDAHAN
1.    Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan. 
2.    Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
3.    Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.


SEMASA BANJIR  - DI DALAM KENDERAAN
1.    Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
2.    Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat


SEMASA BANJIR - DI DALAM RUMAH
1.    Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
2.    Bersedia dengan peralatan kecemasan.
3.    Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.


SEMASA BANJIR - DI LUAR RUMAH
1.    Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
2.    Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
3.    Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
4.    Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
5.    Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
6.    Jangan minum air banjir.


SELEPAS

SELEPAS BANJIR
1.    Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum                 dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
2.    Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
3.    Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
4.    Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.


SELEPAS BANJIR - SEMASA MEMASUKI BANGUNAN
1.    Pakai kasut.
2.    Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
3.    Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
4.    Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.


SELEPAS BANJIR - PERIKSA ANCAMAN BAHAYA
1.    Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
2.    Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
3.    Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
4.    Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol,                diesel dan sebagainya).
5.    Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
6.    Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi. 
7.    Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.



Ok...♥♥ berhati2 ye..

Sayang sume
Wasalam

Wednesday, December 10, 2014

::.status halal shaklee.::

Bissmillahirahmanirahim

Assalamualaikum

▪♡Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh syarak.♡▪

•Untuk pengetahuan semua, semua produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia telah mendapat pengiktirafan dari Services of America (ISA).

•Seperti yang anda tahu, vitamin Shaklee adalah keluaran produk United States dan ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM.

•JAKIM tidak mengeluarkan sijil halal bagi semua produk yang di import tetapi mengiktiraf badan-badan pensijilan halal yang mengikut prosedur yang ditetapkan.

•Usaha untuk mendapat sijil Halal bukan mudah kerana perlu mengikut prosedur yang ketat dan teliti dari sumber bahan mentah hingga menjadi sesuatu produk sama ada makanan, kosmetik dan lain-lain.


Apa itu Bovine Gelatin?

▪•●Bovine gelatin adalah gelatin dari kulit tua (keras dan liat) atau pun tulang daripada tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan seperti lembu, kambing dan kerbau..pastinya BUKAN dari kulit babi.

Adakah Bovine Gelatin Halal?

▪○●Walaupun sumber gelatin itu halal, namun timbul pula persoalan mengenai penghasilan gelatin tersebut. Adakah lembu tersebut disembelih mengikut hukum syarak atau tidak? Itulah menjadi persoalan utama yang menentukan status halal sesuatu gelatin.

Adakah Bovine Gelatin yang digunakan Shaklee Halal?

▪•●Untuk makluman semua, penghasilan produk shaklee bagi negara Islam dan bukan Islam diasingkan. Shaklee telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan kawalan yang ketat mengenai perkara ini yang pastinya mencetuskan sensitiviti umat Islam. Anda boleh lihat sendiri pada label botol-botol Shaklee yang dipasarkan di Malaysia.

•Kapsul dan softgel yang digunakan dalam vitamin Shaklee dikeluarkan oleh Nutra Manufacturing, Greenville iaitu syarikat pengeluar capsul/softgel yang telah pun mendapat pengiktirafan sijil halal. Kilang yang sama mengeluarkan produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyai persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America). Jadi anda tidak perlu ragu-ragu lagi. Diharap maklumat ini dapat memberikan penjelasan kepada semua mengenai status halal bovine gelatin yang digunakan oleh semua produk Shaklee di Malaysia.

●Dan saya kongsikan di sini Sijil Halal Shaklee bagi tahun 2014. Sepatutnya anda tidak perlu lagi rasa was-was atau meragui dengan ISA yang sememangnya diiktiraf oleh JAKIM sendiri. Segalanya yang baik datang dari Allah s.w.t.





Shaklee adalah produk oversea dan tak semua produk Shaklee ada dalam pasaran Malaysia…. Produk2 Shaklee yang dihasilkan di US utk dipasarkan di Malaysia…telah pun diikitiraf halal oleh ISA (Islamic Services of America)… tetapi jika anda mendapatkannya bukan dari pasaran di Malaysia..di oversea contohnya..itu miss* tak pasti la ye.. 

Shaklee adalah produk oversea dan tak semua produk Shaklee ada dalam pasaran Malaysia.

Sayang sume
Wasalam



Monday, December 8, 2014

::.patin asam pedas.::

Bissmillahirrahmanirahim

Assalamualaikum

Nk share resepi lagi.. aum aum

Patin asam pedas 

Bahan2

Bahan A
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Seinci lengkuas dan halia
2 sudu besar cili boh
(Dikisar)

Bahan2 B
Air kosong
Air Asam jawa mangkuk kecil
 
Bahan2 C
2 keping asam keping
Bunga kantan
Daun kesom 
Daun kunyit
2 sudu besar Gula 
1 sudu teh Garam
2 ekor ikan patin saiz sederhana

Cara2

1. Panaskan minyak
2. Tumis bahan2 A sehingga naik bau, selepas itu
3. Masukkan bahan2 B dan biarkan ia selama 2 minit
4. Selepas itu, masukkan bahan2 C
5. Akhir sekali masukkan ikan patin, tunggu selama beberapa minit sehingga masak
6. Sedia untuk dihidang.




Sayang sume
Wasalam

::.kerabu betik mangga.::

Bissmillahirrahmanirahim

Assalamualaikum

sudah agak lama miss* tidak berblogger ye.. harini nak share satu resepi istimewa khas dan khusus untuk pembaca yang comey2 dan hensem2 ni..

Kerabu betik mangga

Bahan2

1 biji betik
1 biji mangga
(Dibuang kulit dan dihiris halus)

3 tangkai cili padi
1 labu bawang besar
2 biji tomato
(Mayang halus)

2sudu besar gula
Garam secukup rasa
2 biji limau nipis diambil airnya

Ikan bilis yang digoreng dan dihancurkan
kacang tanah yang digoreng dan dihancurkan


Cara2

Campurkan bahan2 diatas dalam satu bekas, kacau hingga sebati.
Sedia untuk dimakan.

Sayang sume
Wasalam



Thursday, December 4, 2014

::.semangat.::

Biismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum

Banyak2 sibuk sangat bulan ni, xdapat nk catch up dengan bisnes, but tapi. Still available kalau ada yang bertanya, cuma xde masa sgt2 nk update.. asiment, kuiz, test, presentation, group discussion.. sgt2 byk.. final lagi akhir bulan ni.. hopefuly sangat dpt buat yg terbaik.

kalau down masa sem lepas, xsemestinya sem ni nk down jugak kan.. so, peluang di mana2 aja dong.. haha.. amik sedikit masa dengan update blog, esok de test lagi.. so rilek2jap sebelum study.. huh..lega asiment dah byk hntar ni..hehe..

maklum la, dunia student kan., korang mesti pernah lalui.. but yg penting mesti xlupa dengan bisnes.. bimbang jugak ni.. nk catch up sampai dpt target..  insyaAllah, benda yang baik Allah mesti tolong kan.. hehe..

ok la korang,, apa2 nti dah xbrpa bz miss* update lg ttg shaklee.. ok.. hehe

sayang sume
Wasalam

Wednesday, October 22, 2014

::.Alfalfa ESP BEST!!.::

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum

Satu lagi testimoni alfalfa dan esp..

She is my friend.. mula2 terlibat dalam shaklee ni dia orang pertama yang miss* syorkan untuk makan. Alhamdulillah..  dah makin cantik. Kalau dulu dia ni memang teruk sangat alahan. Ada bintik2 kat muka, gatal2, muka kusam, bengkak2 muka., memang tak boleh langsung sentuh makanan laut. Tapi sekarang dah mula makan. cc to Syada Adda. 

Completely dia dah berjaya cantik dan sihat dengan shaklee. Dia pon student mcm miss* , satu sekolah,.satu universiti, dah xde rahsia untuk kami kongsikan pendapat dan rahsia kesihatan kami berdua. So sekarang dia masih lagi consume dengan alfalfa dan esp. 😃😃😃😃

Gambar kami tak perlu untuk diedit.. hehe..

Sayang sume
Wasalam

Sunday, October 19, 2014

::.penangan vitamin E.::

Bissmillahirahmanirahim

Assalamualaikum

Suka sangat dengan Vitamin E Shaklee ni..
Nak tahu kenapa? Jom dengar cerita pemilik  blogger ni..

Kalau dulu muka ni memang dah naik jerawat kecik - kecik. Susah pulak parut nak hilang. Tapi, Alhamdulillah dengan Vitamin E ni parut dah semakin pudar. Kesannya sangat cepat. Kalau time malam tu memang tak sabar nak pakai vitamin E ni kat muka yang ada parut2 jerawat dan jerawat. Bukan setakat boleh makan je vitamin E ni, buat masker pon boleh. Boleh tahan sampai 4 bulan satu botol vitamin E ni. Jimat..!!  Yela student bukan banyak duit pon, jadi kena jimat cermat..hehe.. Bukan setakat orang muda je boleh makan ni, warga tua pon boleh..




VITAMIN E semulajadi untuk kesihatan jantung, otak, kolon, prostat dan sistem imun.

●Vitamin E merupakan sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak, dan prostat di samping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan fungsi imun. Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E berupaya meningkatkan fungsi imun pada warga tua.

Sayang sume
Wasalam

::.jatuh hati dengan ESP.::

Bissmillahirahmanirahim

Assalamualaikum

ESP.. Apa tu..? Mesti ingat ianya satu short term bagi certain ayatkan? Tapi sebenarnya ESP tu stand for Energizing Soy Protein.

Nak cerita sikit apa itu ESP yang orang gilakan sangat tu.
ESP Soy Protein Isolate Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti berkesan secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

Kenapa shaklee ESP istimewa?

♡hanya menggunakan kacang soya non-GMO

♡bebas daripada pendedahan  perubahan genetik

♡diproses pada suhu yang rendah

♡Mengandungi kandungan indeks glisemik(G.I) rendah sesuai untuk pesakit diabetes

♡menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia

♡HALAL- sesetengah protein soya dihasilkan oleh alkohol. Tapi shaklee hanya menggunakan kacang soya yang dicuci dengan air untuk mengekalkan kebaikan protein(isoflavones, genistein dan daidzein)




Apa cerita disebalik ESP dengan miss*...?

Pssttt.. jom dengar ni.. Sebenarnya miss* dah memang jatuh jatuh jatuh hati sangat dengan ESP ni..nk tau kenapa? Sebab pertama berat badan turun dr 56kg - 51kg.., kedua ianya sesuai sangat untuk mengelakkan perut dari gastrik sebab miss* memang ada gastrik, rasa ESP tu pulak sangat2 mabaless lah.., lagipun hidup as a student ni memang nak kena stay up malam jadi sesuai sangat untuk diet yang mengenyangkan kalau tiba2 lapar kan, satu lagi ianya memudarkan parut2 jerawat tak kisah la parut kat mana pon, muka pon nampak cantik je. Kalau dulu memang kusam, tak bermaya, ala biasa la kan student mana sempat nak jaga facial ni. So, dengan ESP dapat semuanya. Kesihatan terjaga dalam dan luaran. Cun je pakej ESP ni. Tak rugi la selama ni.. yang penting buat sesuatu itu kita kena ikhlas kerana Allah.. ok.. yakin jugak semua ni Allah yang kurniakan..

Nak try w/a 0145375679

Sayang sume
Wasalam

Thursday, September 18, 2014

..♥SC 30hari blogging♥..

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum

◆◆◆◆◆◆resepi saya◆◆◆◆◆◆◆

As mudah as kita eat!!!

Hari ini nak post tentang resepi..

Paling senang... disebabkan miss* masih single dan belum berumah tangga, sesuai sangat dengan resepi ini.. bujang2 terlajak pon boleh masak.. resepi kita ialah ■ maggi seafood ■

Mesti pernah makan kan.? Tu mesti makan kat kedai@ restoran kan? Apa kata kita buat sendiri..

Holiooooooo.....omomomomomo..

¤bahan2 adalah
~sebungkus maggi(apa2 jenama un)
~sotong
~udang
~kepah
~sayur2 (sawi, lobak, daun parseli)
~perasa
~cili sikit(kasi vavavooom maggi seafood kita)

¤cara2
~macam biasa kita panaskan air bagi masak dulu
~bila dah air tu masak, masukkan maggi bersama sotong, udang, kepah.
~dah nak masak tu, letakkan perasa, cili, sayur2, dan perasa maggi tadi.
~tunggu 1 minit, tutup api
~siap untuk dihidang..


Lets eat... resepi bujang..
Dah..jom makan...

Sekian
Sayang semua

Waalaikumusalam

..♥SC 30hari blogging♥..

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum

◆◆◆siapa saya.◆◆◆◆

Pucuk mangga, pucuk terey
Sudah baca, follow kita ey

Walaupun pantun tak menjadi..xpe lah..

Jom start...

Tajuk dikemukan..

Siapa saya?

Nama diberi NURUL HASANAH BINTI ABD WAHAB, known as moyuu, oyuu, yuyu, nuyu, yuuu, nurul gbsm, nurul, has, sanah, or mek senah.. hehe.. aka cikBintang.
Anak yang ke7 daripada 8 orang adik beradik yang cantik, hensem, cun melecun..
Umur? 20years old.. masih study, in course Management Tourism.. hmm..apa lagi ye..?
★hobi
°suka membaca anime or kartun(naruto) tu mesti!
°main badminton(sukasuki)

★kegemaran
°klo makanan putu bamboo(mayam ke mayang?)
°ais krim
°masakan mak!!!!!!
°laksa pineng(nyumm)
°masakan sendiri(haha)

★warna
°hijau
°purple
°hitam
°rainbow
°semua di atas (yang tersirat dan tersurat)

★tentang hati
°ada satu hati
°dimiliki oleh family n yang tersayang
°hehe

★perangai
°kuat merajukkk!!!!!
°anak perempuan paling manjaaaa(gedik jerrrr)
°hati lembut dan cepat terasa
°sangat penyabar(walau kena kritik gan sape)
°pendiam(bila xjumpa gu)
°disenangi kawan2(dyorg bagitau)
°dan lain2( nak tau kita kawan la)

★family
°mak n ayah
°3 lelaki, 2 abang(one of them was passed away,alFatihah), 1 adik
°5 perempuan, 4 kakak(cun2 je semua..perghh), 1 is me(cikBintang)
°4 abang ipar(hensem semua:)), 1 kakak ipar(cantik kottt)
°5 orang anak saudara, 3 hero, 2 heroin.. (comel giler kot)
°semua di atas adalah benar!!!!

★target!!
°of course la nak success
°nk jadi MASTER(shaklee) in 5 years
°financial freedom!!
°semua hal dunia (jgn lagho sudoh)
°tertakluk kepada terma dan syarat.

★harapan
°be mature in what ever lalalalalalala..
°♡♡♡♡♡♡

Done... siapa saya? Ini la saya. Hehe..
Good job!

Sekian
Sayang semua

Waalaikumusalam

Tuesday, July 8, 2014

::.masak tempoyak.::

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum

Alhamdulillah,  selesai sudah masak tempoyak miss*. Nampak macam sedap, bila dah rasa terbaik sedapnya. Haha


Simple je bahan nye

♥3ulas bawang merah
♥3ulas bawang putih
♥10biji cili merah
♥seinci kunyit
Kisar bahan diatas

♥daun kesom
♥tempoyak(asli durian dari bentong)
♥ikan patin
♥garam secukup rasa
♥gula secukup rasa
♥2 keping asam keping
♥air kosong

Cara2
♥panaskan periuk, masukkan bahan yang dikisar tadi bersama ikan.
♥masukkan air kosong, tempoyak, daun kesom,  asam keping.
♥biarkan mereneh, gula garam secukup rasa
♥sedia untuk dihidang

Sedia untuk makan
Walaaa... sedap

Tapi miss* tak guna ikan patin. Ini ikan orang kampung panggil ikan muduk. Ikan laut, rasa macam ikan siakap, isi lembut dan manis. Sedap nyer.

 Dan teruja bila ayah ckp 'ini baru la masak tempoyak'..
Haha.. ayah memang begitu, semua masakan anak2 dia puji... nyumm2

Hehe..

Sayang sume
Wasalam

Sunday, June 29, 2014

::.apa bezanya?.::

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum

Harini nak bercakap tentang ubat dan supplement...

Apa pula bezanya?






Sayang sume
Wasalam

::.jom khatam Al-Quran.::

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum

Jom kita pakat2 khatam Al-Quran ... pahala pon dapat.. rezeki pon dapat.. ilmu lagi la dapat..

Perubahan kita boleh buat...
Yang lama buang tepi...
Yang baru kita asahi....
Moga bermanfaat bulan mulia ini...

InsyaAllah... kalau tahun lepas tak sempat.. jom kita imarah pula tahun ini..
Moga berkesempatan..


Sayang sume
Wasalam

::.Ramadan 2014.::

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum

Alhamdulillah. sempat lagi pada tahun ini kita merasai nikmat bulan mulia ini.. Semoga banyak amalan sunat , terawih, tahajud, al-Quran .. InsyaAllah






SALAM RAMADAN..

Sayang sume
Wasalam

Friday, June 13, 2014

::.vitamin E shaklee.::

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum

Promo now.. anda nk kelihatan cantik dipagi raya. ? Vitamin E promo.. nk ke?.. wasap me ok..



Terbaik......

#sayajual
#sayajualshaklee
#memberikepadayangmemerlu

Sayang sume
Wasalam



::.Bismillahirrahmanirahim. ::

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum

Ya Allah....
Hanya Kau yang tahu isi hati ini betapa sakit dan pedihnya
Hanya Kau yang mengerti tentang diri ini
Hanya Kau yang tahu apa yang terbaik untuk diri ini
Hanya Kau yang Satu...

Pada malam nisfu syaaban ini
Terdetik bagi diri ini akan kenangan silam
Mungkinkah catatan amalan lepas akan bertambah kebaikan atau sebaliknya untuk buku baru yang dapat pada hari ini...

Ya Allah..
Sedetik hati ini merindui insan yang aku sayangi
Walaupun sudah lama arwah pergi
Tapi ingatan muka serta gurauan dan ketawa..
Tak dapa dilupakan walau sesaat..
Kau membawanya pergi disaat dia masih muda..
Benarlah.. mati tiada tertunggu...

Tenanglah kau disana wahai puteraku
Al-Fatihah...♥♥♥

Mohd Ayub bin Abd Wahab

Sayang sume
Wasalam