JellyPages.com

::.birthday .!.::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers


Monday, June 17, 2013

::.pada 3 malam itu.::

Bismillahirrahmanirahim..

Assalamualaikum..

teringat pada malam itu, aku kesakitan yang teramat sangat. malam itu, aku hanya menghitung jam agar cepat siang muncul. aku menahan sakit itu, terasa bagai ingin hilangnya nyawa ini. ingin sahaja pada malam itu aku di cabutkan nyawa. sakit itu membuatkan aku hilang kewarasan, iman yang lemah. mungkin aku sudah tiada di dunia ini. hebat sungguh ujian yang DIA berikan. mengajar aku untuk bersyukur nikmat sihat itu. pada malam itu aku menangis menangis menangis dan terus menangis. mengeluarkan air mata yang tiada pengesatnya. sakit itu mengganggu waktu tidurku. apakan daya, tiap kali mata ini cuba untuk memejam, sakit itu mula menyerang.

pada malam itu, aku tekad untuk keluar dari situ. menuju kampung halamanku. meninggalkan semua kenangan di sini. aku sudah tekad,  aku perlu pergi dari sini. mengingatkan sakitku ini, aku pun tak dapat berjalan, seluruh tubuhku sakit menahannya. sakit itu mematahkan semangat aku. dan aku berdaya untuk menunaikan solat. cuba berdiri pada malam itu. menunaikan seruan ILAHI, mungkin saat itu adalah perjalanan terakhir aku.

pada 3 malam terakhir itu, siang menjelma. aku sendirian di dalam bilik. berbaring di atas katil beralaskan tilam. fikiran aku meracau, saat itu, ketulan yang tumbuh itu pecah di saat aku bangun untuk ke tandas. aku tiba-tiba panik, mengambil selembar kain dan mengalaskannya. dan bila cecair dalam ketulan itu habis keluar, aku ke tandas membersihkannya. aku bersyukur sakit itu hilang. tersenyum aku sendirian mengeluarkan air mata . mak, saya dah tak sakit, ujian ini amat sukar untuk saya hadapi selama mak tiada di sisi saya.. YA ILAHI..

pada hari yang sama, rakan sebilik membawa aku ke klinik atas paksaan, kerana aku menolaknya. aku demam seminggu. tidak ke kuliah, tidak juga ke kelas. aku di bawa ke pejabat asrama, mengisi borang keluar untuk mendapatkan rawatan.

terima kasih Ya Allah,
keluarga aku memberikan semangat untuk aku teruskan hidup. rakan sebilik yang menjaga dan menanyakan keadaan aku..

SEKIAN..

Wasalam...

No comments: